+Follow | Dashboard
Mizanina's Espression
Untuk kali ke 150 Juta;
21 Apr 2013 | 10:13 | (0 notifications)


Assalamualaikum pembuka bicara. Hai semua! 

Tajuk post hari ini 'Untuk kali ke 150 juta' 
Tajuk konon-konon macam menarik banget gitu. Tapi sebenarnya aku ingin memaklumkan tentang RANCANG & LAKSANA.  Kita selalu merancang. Beratus kali kita merancang. Berpuluh-puluh idea &a aktiviti yg kita fikirkan. Tapi cuba kau renungkan kembali. Dalam beratus aktiviti or idea yg kau fikirkan, yg kau rancangkan, berapa % je yang terlaksana?

Jawapan di tangan masing-masing tapi yang pasti, tidak semua yg dirancang terlaksana bukan? Begitu juga aku. Gadis yang sememangnya ligat berfikir jika ada kelapangan. Berfikir tentang apa yg aku mahu lakukan, apa aktiviti yg aku hendak lakukan TAPI kesudahannya, aku pun tak nampak dengan batang hidung sendiri apa yg aku rancangkan terlaksana atau tidak. Fuhh, kadang-kadang terasa terlampau banyak perah otak memikirkan apa yg aku mahu lakukan tapi kesudahannya tiada hasil. Hmmm. *terasa kecewa* 

Buktinya, cuti semester ini haa. Beriya-riya sebelum habis peperangan, aku dah listkan dan dah rancang apa aktiviti yg aku nak sangat lakukan konon-kononnya untuk tak berlaku pembaziran masa. Tapi bila aku checklist dalam handphone, aku pun tak tahu aktiviti mana yg aku dah lakukan. See, kau nampak tak kat situ betapa sedihnya aku?

 *Post lepas lepas, bahasa ayu. Tapi sekarang apa salahnya gaya bahasa post kali ini berubah sedikit.Ikut mood*


Post lepas, aku bilang mahu bagitahu apa aktiviti yg aku rancangkan untuk cuti semester ini. Kau sudah tunggu.. Dan sekarang kau lihat apa AKTIVITI utama yg aku rancangkan :

1- AMBIL LESEN KERETA 
2- KERJA
3-SHOPPING
4- HOLIDAY
5- HANG OUT

Cara cakap macam banyak sangat lah kan aktiviti yg aku rancang. Tapi sebenarnya 5 sahaja. Mwehehe. Tapi walaupun angka 5 itu sikit sahaja. Satu hape pun tak terlaksana lagi. Sudah hampir 2 minggu pembaziran masa telah berlaku. Aku tak manfaatkan langsung masa yg ada. Hmm hmm. Tapi segalanya bersebab. Mungkin sekangan masa dan keadaan yg membuatkan aku tak dapat laksanakan satu pun yang aku rancang. TAPI mulai saat ini, aku rasa segala sekangan dapat ditempuhi. InsyaALLAH.

Mulai harini, aku harap checklist aktiviti yang aku rancangkan semuanya terlaksana. Aamin~

Rakan-rakan, jangan lah kau membazir masa. Sesungguhnya masa itu emas. 
Manfaatkan lah cuti semester ini dengan sebaik-baiknya. At least, bila kau naik sem, bila housemate tanya, 'Cuti sem kau buat apa je', ada jugak jawapan and story yang menarik kau nak share. Daripada kau jawab 'Aku cuti sem ni tidur, makan, online je 24 jam' Jawapan itu tidak menarik perhatian langsung weh.