+Follow | Dashboard
Mizanina's Espression
Life Is --------;
2 Nov 2012 | 15:00 | (0 notifications)

Holla Malaysia and Assalamualaikum :)

Sudah 18 tahun aku hidup di dunia ciptaan Allah yang indah ini. Macam-2 yang telah aku lalui.  Bak kata pepatah 'Hidup Ibarat Roda' Kadang-2 kita di atas, kadang-2 kita dibawah. Yess, exactly correct! Aku pernah berada betul-2 di bawah roda, dan aku pernah betul-2 berada di atas roda.  Semasa berada di bawah, memang terasa sangat sakit. TERAMAT SAKIT. Seperti digilis-gilis oleh keretapi tanah melayu yang penuh dengan muatan. Tapi, itulah erti kehidupan. Sebagai manusia, kita hendaklah hadapi dengan tenang. Dugaan mengajar kita erti kehidupan dan erti kesabaran sebenarnya :') Kalau tak , percayalah, kesedaran tidak akan pernah wujud.

Macam-2 orang yang telah aku kenali. Lagi ramai kita kenal, lagi macam-2 ragam yang kita jumpa. Kadang-2, kita tak dapat nak puaskan hati semua orang. Macam mana kita nak puaskan hati semua orang kalau yang sini kata A , yang sana kata B. Kalau dengar cakap si A, si B terasa. Kalau dengar cakap si B, si A terasa. See, the conclusionnye kita memang tak dapat nak puaskan hati semua orang dan tak dapat nak jaga hati semua orang. And akhirnya, ada yang terasa dan ambil hati. Lumrah kehidupan kan? Hakikatnya, kadang-2 kita nak jaga hati orang lain, hati kita sendiri yang tak terjaga. Bak kata orang tua, sebelum jaga hati orang lain, jaga hati kita sendiri dulu. Kalau bukan kita yang nak jaga hati kita sendiri, siapa lagi nak jaga? Bukan bermakna aku selfish TAPI tiada guna kalau kita jaga hati semua orang tapi hati kita sendiri terluka.

Dalam hidup ini, kita kena kuat. Seperti mereka-mereka yang mengenali aku. Aku memang sangat lembik, lemah and no confident level. Aku selalu nak jaga hati orang. Kalau boleh, aku nak puaskan hati semua orang. Biar orang tak terasa hati dengan aku. Tapi akibatnya, teramat pedih sebab aku yang terasa hati balik. Sometimes, I felt that I'm stupid enough bila orang pijak kepala aku. Hmm. Tapi baru harini aku sedar, kadang-2 kita kena tegas.  Tak bermaksud kita lemah orang boleh buat kita sesuka hati. Tak bermaksud kita sentiasa berlembut hati, orang boleh sesuka buat kita sakit hati. Am I right? Kita kena berani bersuara actually.

Mulai harini, aku bangkit! Aku takkan biarkan orang cincang-2 hati aku lagi. Biarlah orang nak kata aku apa, Aku tak peduli lagi apa orang nak cakap pasal aku asalkan family aku, orang yang rapat dengan aku, sahabat-sahabat aku, tahu aku seorang yang macam mana :') Mereka lagi mengenali aku. Mulut tempayan boleh tutup, mulut orang kita tak boleh tutupkan? Pedulikan mereka-mereka nak kata kita apa. Itu semua tak penting. Asalkan orang kita sayang sentiasa ada dengan kita  

Life is too meaningful babe. You are strong when you know your weakness. You are beautiful when you appreciate your flaws and you are wise when you learn from your mistakes. Nobody perfect. Please appreciate your life. And always remember life is too short to stress yourself. When you have any problem, solve it. Allah is always with us. But take note, bukan time susah je kita ingat Allah. Even semasa kita senang, kita harus bersyukur Allah beri kita kesenangan dan kegembiraan yang bukan semua orang dapat :')


Sincerely from,
Mizanina Azizan